it's been a long time aku tak publish aku punya blog . last 2015! now 2018 already. Mungkin jalan aku terlampau berliku atau takde benda yang menarik yang nak disharekan. hehehe. now we move to the real topic which is MEDSI & Interview Upsi Experience. For your information, Upsi akan ambil 2 intake which is in September & Februari . So interview yang aku pegi ni baru je habis beberapa minggu yang lalu.
Ade aku baca blog-blog yang lepas yang mengatakan bahawa dorang buat ujian Medsi & Interview ni sekali. Tapi untuk intake aku ni pihak UPSI asingkan antara Temuduga & Ujian . So, aku kena jawab ujian Medsi tu dekat UMP which is dekat sikit la dengan negeri aku compare than UPSI yang jauh nun disana.
Sebenarnya Ujian Medsi ni simple! Bukan kena jawab soalan algebra la addmath ke ape, Tapi hanyalah ujian personaliti yang nak tengok korang ni layak tak jadi guru. Kalau zaman ayah aku dulu yelah guna pensel 2b, lorek-lorek kat kertas OMR. Sekarang dah maju click-click kat komputer je. dia ada 300 soalan. Antara soalan yang aku ingat, dia tanya pasal rotan, perlu ke kita rotan murid? haaa jawablah korang!
TIPS LAGI,
lepastu ada soalan yang jawapan dia :
-sangat setuju
-setuju
-memuaskan
-tidak setuju
-sangat tidak setuju.
Jawab Sangat Setuju & Setuju je sebab dia nak tengok korang yang & konfiden tak dengan jawapan korang! kena konfiden taw!
Okay done part Medsi ni , lepas tu korang tunggu lah result Medsi tu berjaya ke tak. aku haritu dalam beberapa minggu jugak nak tau. Lepas dah berjaya semua kita terus kepada sesi temuduga! hehe
INTERVIEW SESSION!
aku dipanggil 3 orang sekali masuk. dua lagi tu dah budak UPSI. terasa kerdil la diri ni tapi tak mengapa. Rezki dimana-mana. Okay kita tengok soalan2 dia kat bawah ni.
1-Sila kenalkan nama anda secara ringkas dan formal.
-okay part ni korang kenalkanlah diri secara ringkas padat dan tepat.
2-awk rase kos yang awk pilih ni related ke dgn ape yang awak ambil di universiti sebelum ni?saya rasa memang jauh lari ni.
hahahaha ni provok jugak, korang kena pandai2 k, bagi panel yakin.
3-pada pandangan anda, adakah wajar kanak2 pra diberikan pendidikan awal dalam bahasa arab atau alquran?
- aku ambil pengajian islam sebelum ni, so panel temuduga tu dah di train utk tanya soalan based on calon punya background. so banyakkan jawapan tu menunjukkan minat kita kearah pendidikan.yang lagi dua calon tu panel tanya soalan lain based on kita punya latarbelakang pendidikan.
4-okay, next, cuba korang baca ni ''Pendidikan di UPSI adalah open market.....'' aku tak igt dah ayat dia. so, kalau korang tak ditawarkan kerja, apa perancangan korang lepas grad?
- fuhhhhh soalan haha .
5- okay sekarang kami nak kamu buat lengkung. bincang kan sesama kamu tentang obesiti selama 5 minit.
- huwaaaa haha 5 minit lama doh bg aku yang tak power sangat bi ni, hentam jelah labu. nasib lagi dua calon tu okay saling bantu dan cover mengkover.
6- Pengetahuan Am- dia tanya aku , ape beza tun dengan tunku abdul rahman, negeri dalam malaysia ade berapa,capital city, prinsip rukun negara, name group bola sepak malaysia, kalau kawan aku kena berapa catatan masa pelari dunia Usain Bolt.
HAHAHAHAHAHA aku memang tak tau lah weh kalau usain bolt tu. T_T
7- Kalau dah penah kerja dan ada pengalaman tentang pendidikan kenapa tak terus kerja je? kenapa nak sambung? kan elok kalau kerja je.
-hahaha aku punya penemuduga tu nampak sempoi dalam masa yang sama dorang pun pandai buat soalan perangkap. pening aku
8- Ada apa2 nak disampaikan kepada pihak UPSI dan pengharapan anda.
Kat sini aku boleh conclude kan, panel penemuduga aku nak tau kita ni minat tak pendidikan, ape visi misi kita. kalau aku usha kat blog orang lain, diorang ada yang kena mengajar,ada yang kena bercerita,bersajak,pantun, debat. Tapi aku takde pun , ape pun prepare la sebaik mungkin sebelum pergi tu, rujuk mana-mana web atau sumber mengenai pendidikan. sampai sini je perkongsian aku. harapnya bermanfaat! kalau ade nak tanya atau berkongsi boleh la komen kat bawah! hehe
Thank you sangat sebab sudi share pengalaman intv upsi, sangat membantu:)
BalasPadamSay nak tanya untuk tahu keputusan sama ada terima atua tidak dlm berapa hari..dan sekiranya kita tidak lepas temuduga tu macam mana??
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Mohon izin copy buat rujukan
BalasPadamNak tanye...iv memang kene cakap bahasa inggeris ke?
BalasPadamSaya cuma nak tanya kalau ujian medsi itu walaupun kita dah jawab dengan penuh keyakinan..tapi tidak lepas juga sebabnya kenapa ya? Ada ke ujian medsi second intake?
BalasPadamTerima kasih for sharing. Next week saya pun ada iv kat upsi utk pendidikan bm. All the best jugaa buat kalian yg mungkin singgah kat blog ni😉. All the best bakal2 pendidik.
BalasPadamTerima Kasih sharing. Doakan hugs buat rakan² yang akan duduki medsi Dan temuduga di uthm pads 11.12 ini.
BalasPadam